Wednesday, December 1, 2010

Tidur.Gaya.Makna

wahh3x...macam mane kalian2 sumer tidur? sedar x yg gaya kalian sumer tidur ade makna? mesti xtau kan..berikut adalah bahan bacaan sy pada kali ini dimana sememangnya gaya tidur ada rupa dan makna yg tersendiri. nak tau ker?? lets check it out! 


1. Tidur dengan kedua-dua tangan dibelakang kepala.

  • kamu adalah individu yg sgt pintar dan bersemangat untuk belajar. memberikan idea yg bernas yg tidak pernah difikirkan oleh org lain.keluarga sgt penting bagi dirimu dan kamu menjaga keluarga kamu dengan sebaik mungkin. 
  • dalam percintaan pula, kamu sgt sukar untuk bercinta mungkin disebabkan kamu seorang yg sgt suka memilih. tp once kamu dh bercinta, kamu seorg yg suka berterus terang dimana sekiranya kamu tidak puas aty,kamu akan luahkan dan tidak simpan dalam hati. selain itu kamu seorg yg berprasangka dalam hubungan dan sedikit cemburu.
2. Selubung seluruh badan dengan selimut.
  • kamu sering berpenampilan macho dan cool dikhalayak ramai tp hakikatnya kamu seorg yg pemalu dan lemah. kamu suka memendam perasaan sekiranya ada masalah,suka bersendirian dan tidak perlukan bantuan org ramai. kamu juga seorg yg perahsia dan tidak suka berbicara. 
  • dalam percintaan pula, kamu sebenarnya seorg yg romantik dan lembut tp kamu tidak tahu itu semua. kamu juga seorg pencinta yg setia.
3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan dibelakang kepala dan kaki bersilang.
  • sesiapa yg tidur begini dianggap mementingkan perasaan sendiri dan sukar untuk menerima perubahan.dalam diri. kamu juga lebih gemar bersendiri tetapi sikap toleransi dalam diri kamu sgt dipuji. jangan terlalu mengikut kata hati dan cuba ambil nasihat org lain. kamu juga seorg yg tegas dan tidak takut untuk menghadapi sebarang cabaran yg mendatang.
  • dalam percintaan, kamu seorg yg pendendam.  jika seseorg itu membuat kamu terluka, kamu tidak akan berduduk diam dan akan memastikan yg si dia akan menerima balasan yg setimpal.
4. Tidur membongkok(meringkuk). 
  • tidur sebegini dikatakan kamu seorg yg kecewa dengan masa silap dan suka bersendirian. kamu sering merendah diri dan sering kurang berkeyakinan. cuba yakinkan diri yg kamu mampu untuk membawa perubahan dalam diri. jangan malu untuk bertanya kerana kamu dikatakan seorg yg sangat pemalu. sifat sense of humor kamu boleh dipuji tetapi kamu kurg dalam berkomunikasi dengan org membuatkan kamu dicop sombong oleh sesetgh org yg tidak mengenali kamu.
  • dalam percintaan pula, kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan. kamu beranggapan cinta telah hilang dalam hidup kamu. 
5. Tidur membongkok(meringkuk) dan mengiring.
  • kamu seorg yg pentingkan diri sendiri, cemburu, dan juga seorg yg pendendam. individu yg berada disekeliling kamu akan cuba berhati2 dengan kamu kerana kamu mudah meradang sekiranya ada yg tidak kena. kamu juga adalah seorg yg yakin pada diri sendiri dan melihat kejayaan dalam setiap perkara yg dilakukan. kamu juga akan berusaha merealisasikan apa jua dengan sebaik mungkin. individu yg tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tgn kanannya diatas kepala juga dikatakan memiliki masa depan yg cerah. 
  • dari segi percintaan, kamu seorg yg manis bibirnya. kamu pandai berkata2 dan pandai meluahkan kata2 cinta pada pasangan.
6. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan dikepala. 
  • berbeza dengan org yg tidur meringkuk dan mengiring tadi, kamu pula adalah seorg yg berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. sekiranya kamu berterusan begini kamu mungkin akan mencapai kegembiraan dengan abadi. almaklumlah semua org bukannya perfect sgtkan..jangan terlalu boros dalam berbelanja dan belajarlah mengawal nafsu. 
  • dari sudut percintaan pula, kamu seorg yg kurang sabar kamu tidak boleh berhadapan dengan situasi genting kerana kamu cepat naik darah. namun, kamu tidak lokek memberikan hadiah kepada seseorg yg kamu syg. sesuailah dengan sikap boros kamu itu.
7. Tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa.
  • cara tidur sebegini memperlihatkan identiti kamu yg sebenarnya. kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. selain mempunyai cita rasa yg tinggi, kamu tidak gemar untuk mengikut arahan org. kamu boleh berdikari sendiri dan tidak suka bergantung dekat org lain. kamu juga seorg yg pemboros dan gemar bergosip. kamu seorg yg bekerja keras dan akan memberikan komitmen yg sepenuhnya dalam kerja.
  • dalam percintaan pula, si dia bnyak makan hati dengan kamu. jgn pentingkan diri sendiri dan ambillah masa untuk pasangan anda. 
8. Tidur meniarap.
  • sekiranya kamu tidur meniarap sepanjang malam, kamu sebenarnya adalah seorg individu yg berfikiran sempit. fikiran kamu terlalu tertumpu dan selalu mengharapkan org lain memenuhkan impian kamu itu. kamu juga adalah seorg individu yg lalai dan tidak teratur. namun, kamu seorg yg sangat manja dan juga murah hati. kawan adalah sangat penting dalam hidup kamu. kamu juga pantang dengan sebarang penipuan. 
  • dalam perihal percintaan pula, kamu juga kadang2 bersikap pasif dengan pasangan. hubungan yg hambar boleh membuatkan menyebabkan kebosanan melanda akhirnya.jadi, jagalah hubungan sebaik mungkin ya?!

hehehehe...nah! sudah jelaskan. sudah tentu aktiviti tidur ini menjadi aktiviti kalian kan. begitu juga sy! sebab itulah sy tertarik untuk menulis pasal gaya tidur nie dalam entry kali ini. hopefully kalian baca k;)

2 comments:

  1. tolong huraikan makna utk gabungan sume gaya tido di atas..Sebab itu lah gaya tido saya..huhu..;-p

    ReplyDelete
  2. hehe. aku tido sambil pegang lappy. how??
    haha.


    p/s : aku dah sent email kat kau :)

    ReplyDelete

hah nk komen ar 2??! silakan..bebel lah ape2 pn..