Sunday, October 3, 2010

:: KATA-KATA HATI ::

Bismillahirrahmanirahim...
Kenal kata hati? Percaya kah ? Kalau sy antara percaya dan tidak tetapi hairannya kata hati kdg2 benar dan kdg2 tidak sama sekali. dulu masa sekolah time2 nk jawab periksa lagi2 bila ade sesuatu yang tidak dapat jawab mulalah ikut kata hati. Contonhya bila kata hati berbisik jawapannya D tp otak pula beritahu B lah. then sy menjwb ikut otak,last2 jwpannya D. Menyesal sungguh tak ikut kata hati. aduh.....
tetapi hari ini sy ingin berbicara tentang kata-kata hati sy. pada ketika post ini ditulis, hati sy sebenarnya tengah gundah gulana memikirkan ape yg telah berlaku, sedang berlaku n belum berlaku. kenape perlu ade perasaan begini? pada ketika ini juga sy ingin bertanye kenapa hati sy berperasaan begini. mungkinkah sebab keadaan2 sekarang yg sgt tidak mengizinkn? tidak tahu knape perlu wujudnya tetapi ini sumer disebabkan kata-kata hati yang berbisik. ada yg berbisik secara positif dan ada juga yang berbisik secara negatif.

Rasulullah SAW bersabda, ‘ Dalam tubuh manusia ada segumpal daging yang jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh. Dan jika ia buruk maka buruklah seluruh tubuh, itulah hati ‘. (HR. Muslim)

Dalam hadis diatas menyatakan bahawa hati adalah anggota utama dalam tubuh seseorang manusia.jika baik hati kita, maka baiklah kita.begitu juga sebaliknya. jadi disini sy ingin berkongsi sedikit tentang perasaan yg berbisik dihati sy. sy sgt tidak suka tekanan.oleh yg demikian, jika ade saje tekanan yg melanda mulalah hati sy berkate bukan2. dan mulalah sy memikirkan sesuatu yg tidak akan mungkin berlaku. Ya Allah Ya Tuhanku, tolanglah hambamu yg lemah ini. Betulkanlah hati sy Ya Allah. sy memohon dengan ikhlasnya.
benar sy katakan bahawa diluar sana sy tidak tahu apa yg berlaku kerana sy hanya duduk dirumah tanpa membuat apa2.tetapi mengapa terus menerus harus menyatakan perkara yang sy tidak buat? terus menerus tidak mempercayai sy? perlukah? jika ungkapan2 tersebut dinyatakan,kata hati sy akan berbisik 'apa yang sy lakukan? knapa mahu mencari kesalahan sy? adakah anda sebenarnya yg bersalah pada ketika itu? jadi mahu menutup kesalahan anda, anda berkata demikian dan mencari kesalahan sy.' sesungguhnya kata hati sy ini tidak mahu pun berbisik sedemikian rupa tp disebabkan perasaan yg mengawal segalanya, maka ia terlintas juga. jujur sy katakan bahawa sy seorang yang tidak dapat mengawal emosi, cepat berfikiran negatif, sgt sensitif dan sebagainya. sy tidak mahu menjadi hipokrit dengan menyatakan sy sgt baik. seseorang itu tidak boleh dinilai dengan paras rupanya. hati juga yang mencerminkan keperibadian seseorang itu.betulkan?.. sy cuba untuk berubah.sedikit demi sedikit sy tau kesalahan sy n berusaha memperbaikinya.tp bolehkan letakkan kepercayaan anda kepada sy even sikit pn. sy berharap itu,cuma itu! kata-kata hati sy pn berkata demikian.
kebelakangan ini kata hati sy selalu sahaja menyatakan perkara yg negatif padahal sy tahu sumer itu tidak mungkin anda buat. sy sgt mengenali anda. sgt2 mengenali!
jadi disini sy ingin menyatakan bahawa kadang2 dari segi perasaan kata hati itu ade kebenarannya juga tp ia perlulah betul landasannya. jgn disebabkan perasaan kita yg tidak tenteram, kita main ikut jer kata hati yang kadang2 juga boleh membawa binasa. berpada2lah dalam mengikut kata hati dan percayalah diri sendiri. sebenarnya jika kepercayaan itu ada diantara satu sama lain maka tidak perlulah kita mengikut kata hati.

wassalam~

No comments:

Post a Comment

hah nk komen ar 2??! silakan..bebel lah ape2 pn..